Kenali Team MISG
Di bawah ini maklumat setiap pasukan di dalam MISG Global Holdings Sdn Bhd.
Aspirasi MISG Global Holding Sdn Bhd
MISG GLOBAL SDN adalah syarikat bumiputera melayu sepenuhnya yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 yang mula beroperasi pada 2018.
Mempunyai Visi dan Misi untuk menjadi sebuah kilang makanan yang bertaraf GMP dan menyedia perkhidmatan pembuatan makanan tambahan terbaik di Malaysia.
MISG GLOBAL SDN BHD juga berfungsi sebab kilang OEM menyediakan pelbagai perkhidmatan pembuatan produk makanan tambahan dan kosmetik jenama sendiri, dan juga menawarkan khidmat konsultasasi untuk usahawan yang ingin mengeluarkan produk jenama sendiri.
Selain itu pihak kami juga mengeluarkan produk makanan tambahan jenama sendiri iaitu, Garci.pro Massage Gel dibawah jenama MISG dan beberapa lagi produk lain.
MISG GLOBAL SDN BHD mempunyai rancangan perniagaan yang sistematik dan teratur dalam usaha untuk menjadi sebuah empayar perniagaan yang terkenal suatu masa nanti.
MISG GLOBAL SDN BHD juga sudah menghasilkan hampir 50 jenis produk pelbagai jenama dari lebih 10 usahawan.
Terdapat pelbagai usahawan yang menggunakan perkhidmatan kami bukan sahaja dari Kelantan ada juga dari luar Kelantan termasuk Sabah dan Sarawak
Misi Kami
MISG menjadi pengilang OEM produk makanan dan kosmetik no 1 di Kelantan. Selain itu, menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan halal bagi memberi kepuasan kepada setiap pelanggan kami.
Visi Kami
Visi utama syarikat MISG GLOBAL adalah untuk mengembangkan lagi penghasilan produk makanan tambahan dan produk kosmetik.
Selain itu juga, syarikat ini mahu memantapkan lagi reputasi pencapaian dalam memberi perkhidmatan dan penghasilan produk kepada pelanggan yang lebih terjamin dan berkualiti.
Bagi memastikan visi kami tercapai, kami telah menguatkan organisasi syarikat kami dengan menyediakan para tenaga yang professional dan berkemahiran dalam melaksanakan tugas yang lebih produktif.
MISG GLOBAL akan terus berusaha melaksanakan tugas dengan lebih baik dan lebih cekap disamping mampu memberikan keuntungan kepada syarikat.